Monday, March 8, 2010

1 Jeritan korang 3/08/2010 10:56:00 PM

Mertua Benci Menantu

Posted by Din - Filed under , ,
ni aku ada satu cite nk kongsi ngn korg semue ye..cite sadis gak r..harap bile korg bace dpt amik iktibar ek..


Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang
paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan
bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah
tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U
swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas
yang x dapat di pisahkan lagi........ tetapi dalam setiap percintaan
mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis &
terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya..
Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat
tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia
mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt
marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah
3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke
rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka
kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah
setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua
bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang
telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat
kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah
marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang
teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang
amat menakutkan.. ....

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah
terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu
mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya
anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki
keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka
isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah
memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan
ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka,
Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk
cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam.
Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah
bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup
mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam
seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak
memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan
jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

........ ......... ....

Sebenarnya
Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit
punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau
rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya
di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang
dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua

hahaha..lwak tol cite ni.aku bace pon cam siyes je mule..hahaha..amcm bes x..hahaha..MySpace

credit to isuhangat.net

1 Jeritan korang:

suria_reaL said...

Hahaha...klu mak mertuanye tau, agak2 nk say thanx ke or lg marah+berdendam..hahaha... yg dicium nye selama ni rupanya kulit.............haha

Related Posts with Thumbnails

Followers